Story Owner Credits
FOLLOW | DASHBOARD.
a story of them



Dalam kelas (agama) budak W lepak dengan budak lelaki dalam kelas tu, act budak W mengharapkan someone tu join sekali. tapi someone tu buat tak nampak budak W, so budak W pun buat bodoh je dengan apa yang berlaku.

Dalam kelas (kemahiran hidup) pula, budak W mengalami sakit perut. budak W ingat just sakit biasa, so budak W hanya mengagahkan diri untuk membuat latihan yang diberikan oleh cikgu tanpa mempedulikan kesakitannya.

Selepas sahaja cikgu keluar dari kelas, budak W mengajak budak I teman budak W ke tandas. yes seperti disangka budak W mengalami sakit perempuan. Then budak W dan budak I keluar tandas, tiba-tiba budak I berlari ke kelas mengambil buku seninya untuk turun ke bengkel. budak W hairan dengan budak I kerana tiba-tiba saja berlari --' sesampai saja dikelas budak I keluar dan terus bercakap kepada budak W

'' siapa sampai dulu dia menang ''

Dan budak I terus berlari turun ke bawah tanpa menghiraukan budak W yang berdiri dihadapan kelas. Jadi budak W terus turun kebawah, tidak berlari. hanya jalan seperti biasa. Sesampai saja dibengkel seni, terlihat budak I dan budak M di meja belakang, dan terlihat someone tu di meja lain. budak W hanya mengeluh dan meneruskan perjalanannya di meja belakang. setelah budak W duduk saja di kerusi, seorang demi seorang rakannya itu blah ke depan, dengan perasaan yang agak sakit hati, budak W hanya mencurat didalam hati melihat rakannya itu. dan merelakan mereka pergi.

Hanya budak W saja seorang diri di meja belakang, no one else. kerana tidak mahu dianggap lemah, budak W berlakon seperti menyalin ayat yang diberikan oleh gurunya. tetapi jiwanya ke lain. tiba-tiba terdengar suara memanggil budak W, sejujurnya budak W begitu kenal dengan pemilik suara itu.

'' wawa kenapa duduk belakang sorang-sorang? mai la duduk depan ni ''

Sambil menunjukkan tempat kosong didepannya, budak W hanya melihat dan menatap semula buku seninya tanpa menghiraukan pelawa someone tu. secara tidak langsung, air mata budak W bertakung. budak W agak terkejut dan belagak tidak mempedulikan air mata itu. tetapi budak W sama sekali tidak mengesat air mata itu, kerana tidak mahu kelihatan seperti orang menangis. kemudian terasa seperti seseorang menyentuh tubuhnya, budak W mendongak sedikit dan terlihat budak Y dihadapannya. akhirnya air mata budak W gugur juga diatas buku seninya. dia tewas melawan air mata yang bertakung begitu banyak dikelopak matanya.

Budak Y menulis sesuatu diatas buku seni budak W. begitu banyak budak Y tulis begitu deras air mata budak W mengalir. budak W tetap belagak seperti tiada apa-apa tanpa membalas balik ayat yang ditulis oleh budak Y. tetapi budak Y tidak berputus asa memujuk budak W, budak Y segera mengoyak buju seninya dan menulis sesuatu diatas kertas kosong, lalu budak W membalasnya dengan rasa sedih. tersentap.




hanya dengan sehelai kertas, budak Y berjaya memujuk budak W. tetapi budak W mengeraskan lagi hatinya. tidak mahu mendongak melihat budak Y. budak W hanya menunduk kerana mahu menyorokkan muka nangisnya itu. satu demi satu rakan budak W mengelingi meja budak W, kerana mahu melihat apa yang terjadi. ada lagi ayat yang ditulis diatas kertas itu. budak W tidak berhenti menangis walaupun sudah dipujuk untuk beberapa puluh kalinya. ya, mungkin ego budak W sangat tinggi.










Budak W tersenyum kembali. terharu plus-plus. terimakasih diucapkan kepada semua. setelah habis waktu seni dibengkel budak Y menemani budak W pergi pejabat. budak W mahu balik rumah. takde mood nak belajar, nak bersembang. otak pun dah berserabut. now budak W dah okey. hati pun dah sedikit tenang. tak mahu pikir apa dah, biarkan benda tu berlalu pergi.


smile and smile, don't waste your tears. be strong budak W :)

OLDER POST / NEWER POST